Manakah Keunikan Malaysia?
Wahai kawanku
Marilah kita bersama
Menjadi perwira dalam peperangan
Yang membawa kesengsaraan ini
Hanya dengan kekitaan
Dapatlah kita mencapai
Sesuatu yang diingini
Merdeka
Tanah airku yang dicintai
Sebab anjing penjajah
Kau ditindas and dicemari
Dilukai pada setiap sudut
Kerana kebodohan kita
Menjadi mangsanya
Kini kebebasan dilihat
Tetapi perpaduan dihanyut
Dalam ketamakan manusia
Yang mementingkan kuasa
Dalam pentas parlimen
Manakah kebajikan rakyat
Yang sering dihujah
Telah pemimpin berjanji
Bilakah mereka akan insaf
Semuanya sudah lewat
Apabila dunia sampai ke akhirat
Pertarungan dalam gelanggang politik
Harus ditamatkan
Dengan kedamaian dan sama rata
Hak rakyat dan bukan seabai-abainya
Kedudukan orang Melayu pada hari ini